Wednesday, September 25, 2013

Jom terbang ke Seoul, Korea!

Last year, aku pergi Seoul with my big bro & cousins.  Omaigadddddd....impian menjadi nyata! Hati yang gembira usah dikata.  Memang gembira tahap gila! Hehehehe.. Kami ke sana guna khidmat tour guide sbb untuk kali pertama mmg confirm sesat if xda tour guide.  Tour guide ktaorg tu orang Korea namanya Mr Charlie.  Very cerewet person pasal masa tapi sgt baik sebab berusaha carikan kedai makan yg halal.  Thank you Mr Charlie!  Ha, inilah aku dengan pakaian tradisional Korea, hanbok!


Makanan dia tak usah dicakap mmg sedap!  Boleh saja masuk tekak Melayu aku ni ha...Dalam sehari, kitaorg mkn 6 kali!  Oooooh...x risau pun kalau berat bertambah sebab sepanjang hari banyak berjalan so lemak tu tak sempat pun bermaharajarela dlm badan ni ha.  Terus saja terbakar habis.  Hehehe.

Inilah bibimbap! Mula2 tgk macam x sedap tapi....bila dah masuk mulut...omaiiiigaddddd~~~~~ Sedap okayyy!  Mesti try makan ini makanan.



Dan...Dan...Dan ini tersangatlah sedap!  Nampak tak sup colour oren tu?  Sup ni x pedas sgt..ada rasa sweet, sour...semuanya cukup rasa..Semestinya sup ini sgt sedap bila di makan dengan nasi.  Nasi ni sticky tp hurmm berlemak krim sgt.  Dan dapat beljar satu bnda bla mkn kt sini.  Nmpk x tmpt letak nasik tu?  Macam dalam lesung batu kan??  Okay, kata Mr Charlie, kebiasaannya org Korea ni lps tmpt ltk nasi tu dh kosong, diaorg akan masukkan air kt dalam tu dan minum air yg diletak dlm bekas nasik tu!  Hurmmm...quiet interesting sbb nmpk sangat diaorg menghargai makanan sampaikan ltk air dalam bekas nasi tu dan minum  sampai licin.


Ha...gambar di atas ni side dish.  Nmpak tak sambal ikan bilis tu?  Seriously sgt sedap! Sampaikan ktaorg byk kali mntk tmbh sambal ikan bilis ni.  Ahjumma(mak cik) yg kerja kt kedai tu siap korek sampai habis balang sambal ikan bilis ni selicin-licinnya sebab excited kot tgk ktaorg asyik mintak tambah.  Superb sangat sambal ikan bilis ini.  Hehehe..  Kamsahamnida, ahjumma.  Saranghaeyo ;)


Ini kat Wonderland!  Sangat best kat sana..  Nampak tak roller coaster kat belakang tu colour coklat?  FYI, roller coater itu diperbuat oleh kayu 100%, kata Mr Charlie.  Bukan daripada besi ya uolls..Erkkk, aku tak naik pun sebab nampak sgt menyeramkan...Huish...gugur jantung ni even tgk je org lain naik roller coaster kayu ni.  Tapi next time kalau dtg sini lagi, aku nak try naik.. hoho


Yang ini pulak salah satu permainan kt Wonderland.  And aku mmg tak naik pun.  Setakat tumpang ambik gambar kt depan saja..hehehehe..  Kecut perut aku tgk org yg main bnda ni.  Dah namanya Double Rock Spin memang spin habislah byk kali..  Hish...Gerun aku tgk sbb segala brg org yg naik bnda ni hbs jatuh ke bwh.  Maksudnya spin tu bukan tahap slow, tp mmg laju dan kuat,  Nampak best tapi aku seperti biasa tiada keberanian.  Maybe next time.. hehehe


Comel kan mangkuk tandas untuk budak kecik ni?  Hehehe..Sgt bagus sbb fikir psl keselesaan pengguna kecil molek.  Siap letak notis lagi tu.  So yg dah cukup dewasa tu jgnlah nak membuang tabiat nk try mangkuk tandas yang comel ni. Ehem.  Hehe


Breakfast bubur & seaweed saja sebab xda pilihan kat hotel.  Actually ada mknn lain tp was was nak makan..huhu.. so jln paling selamat mkn bubur & seaweed saja.  Tapi sedap sgt seaweed hancur ni.  Tak tipu, mmg sedap.  Air pula jus tomato dan air kosong.  Makan makanan sihat saja kt sini.  Hehe.


Hmmmm..yummmmmms...Full course! Heheheh...Sedap sgt!


Okaylah, setakat ini saja post kali ini.  Next time aku free, aku sambung post pasal Korea ni okay :)  Banyak benda lagi nak dikongsi.  BTW, aku nak pergi Korea lagi next year.  Tapi pegi without tour guide.  Hehehe. Kali ni pergi dengan adik dan cousin.  Semuanya perempuan.  Kononnya nak cari jodoh di sana.  Hiks. Okaylah, bye bye ;)






Friday, February 17, 2012

Ributnya Cinta

Ributnya Cinta merupakan novel pertama aku.. heee...kalau berminat membaca novel tu, sila2 la membeli novel ni ye...;p   Di sini aku sertakan sinopsis ;)


Sinopsis

Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.

“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.

Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?

“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.
Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.
“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’
“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!”
Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya.



So, itulah sinopsisnya. ;) Ributnya Cinta boleh didapati di seluruh cawangan Popular Bookstore Malaysia.  Selamat membaca :)

Thursday, December 8, 2011

Handsome kan? heee.. Ini ialah hero kedua dalam MY GIRLFRIEND IS GUMIHO.  I like lelaki mata sepet XD.  korean ppl mmg sweet & lovely.  Mereka sangat energetic dan bersungguh dalam dunia hiburan dan bukan sekadar main2 saja.  Rancangan tv yang mereka paparkan dengan adanya artis melakukan kegiatan yang sihat seperti sukan, sangat berfaedah untuk tontonan peminat Kpop.

 Aku suka menonton rancangan mereka kerana ianya menimbulkan rasa semangat dalam diriku sendiri dan aku jadikan mereka idolaku dari segi sikap tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa bersemangat.  Ini membuatkan semangat aku untuk ke Korea semakin membuak-buak.  eceh! ;p Hopefully dapat la ke Korea nanti.  Tunggu duit jatuh ke tangan dulu :D

 Selain drama korea yang aku minat, aku minat dengan KPOP.  Antaranya SuJu, Sistar, Infinite, 2PM, 2AM, Gna, Snsd, Wonder Girls, Cn Blue dan banyak lagi.  kalau nak senaraikan semuanya memang tak muat dalam blog ni.  hehehe.

Tuesday, January 18, 2011

Khasiat Buah Betik

Hyeyoo everyone! :)  hr ni aku nak kongsi rahsia khasiat betik.  Korang semua mesti pernah makan betik kan?  Nak tau tak, aku salah seorang peminat kipas susah mati betik..hahahahaha...mesti pelik kan.  Sebenarnya tak rugi pun makan betik.  Selain kulit kita jadi cantik berseri, badan kita pun kekal langsing cuma dengan memakan betik.  Tambahan pula betik yang telah dikisar atau dilumat boleh dijadikan masker untuk kulit berkedut dan berjerawat.  Ini baik untuk kesihatan kulit tau.  Aku rasa berbaloi je jadikan buah betik sebagai salah satu kegemaran.  Dah lah murah berbaloi pulak tu kat diri kita sendiri.  ada satu sabun betik ni sangat baik untuk kulit muka dan badan.  Aku dah pernah try.  Berkesan!  Murah pulak tu.  Hanya RM 4.50 if x silap la...Jimat bukan?  heheheh..