Thursday, November 3, 2011

Miri sejuk lagi

Hari ini Miri sangat sejuk seperti hari semalam.. aku berselubung di dalam selimut dan merasai kesejukan itu dengan hati yang gembira..

Dalam kesejukan ini, tangan aku tidak berhenti menaip untuk manuskrip ku yang kedua.  aku sukakan kesejukan ini kerana banyak udea yang akan keluar tanpa diduga.  Mudah-mudahan kesejukan ini berlarutan hingga minggu depan supaya aku dapat menyiapkan sekurang-kurangnya 100 muka surat atau pun lebih daripada itu.

Aku baru saja dapat menaip sehingga muka surat 36 saja.  Banyak idea yang bermain di dalam fikiranku dan aku tersenyum sendiri apabila memikirkan ideaku yang gila-gila belaka.  Aku tidak pasti ceritaku sama atau berbeza dengan orang lain tetapi aku tahu itu yang aku fikirkan secara spontan buat masa ini.

2 hari lagi raya haji akan tiba.  Aku tidak sabar menunggu hari itu kerana mak pasti akan memasak masakan yang digemari dan yang pastinya sedap. heeee...  yang pastinya aku akan menolong di dapur untuk belajar memasak ;p  bertuahnya aku dapat masuk dapur :)  Aku mmg x pandai memasak tetapi kalau setakat nasi goreng, sayur dan yg simple blh la..hahahaha..

Wah, tak sabarnya menanti hari ahad ini.  mak kata nak masak nasi ayam goreng berempah.  hihi.  mcm x sesuai utk ry haji kan, tp itulah selera kami sekeluarga.  aku meminta mak masak daging masak kicap sebab ia mmg satu kemestian untuk kami.  favourite katakan.  hehehe.

Aku dan dedek nak bawak buku dan pen ke dapur sebab nak tulis resepi dan langkah2 utk memasak supaya di lain hari tidak lupa bagaimana mahu memasak masakan itu.  malu je kan :)  umo aku pun dh 22 tahun.  haish, aku sendiri pon tak tau bagaimana dengan masa depanku..  semoga semuanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment