Thursday, April 14, 2011

CARA UNTUK MENGHINDARI LELAKI KACAK TAPI PLAYBOY

1.Pastikan apabila berdepan dgn lelaki itu, anda menganggapnya seperti ulat bulu so anda akan jadi geli geleman untuk mendekatinya.

2.Jangan terpedaya dengan kata-kata manisnya mahu membawa anda ke spa tetapi sebenarnya mahu melakukan sesuatu ke atas anda.  Berikan seribu alasan sehingga dia muak untuk memujuk anda.

3.Bila dia memuji anda cantik, pastikan anda tidak tersipu-sipu malu kerna dia akan lebih seronok untuk mempermainkan anda dan anda akan menjadi mangsa.

4.Jangan terus melakukan apa yang dia suruh walaupun baru sehari couple sebagai contoh dia mahu anda cium pipinya tanda telah berpasangan.JANGAN! Sekali anda berbuat begitu, anda akan mengulanginya dan akan menghadapinya pada tahap yang lenih tinggi. Maka kesilapan paling besar akan berlaku dalam hidup anda dan anda akan menyesal.

5.Letak gambar artis terkenal korea di dalam dompet so secara automatik otak anda akan berfikir sendiri bahawa ada banyak lagi lelaki kacak, bukan si Playboy itu saja.